Languages : malay | english

  • 173

PENGENALAN

  1. Perkembangan bahasa Melayu pada peringkat global perlu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebahasaan peringkat antarabangsa. Malahan bahasa Melayu semakin menjadi satu wahana terbaik dalam menyampaikan maklumat dan informasi yang terkini kepada telinga setiap pendengar. Perkara yang signifikan dalam menyampaikan sesuatu maklumat perlu mempunyai satu tarikan dan gaya yang menarik untuk membantu dalam mengekspresikan sesuatu informasi. Bertepatan dengan dunia kini yang lebih bergerak maju, masyarakat semakin bijak memilih ruang dan sudut informasi sebagai bahan rujukan harian.
  2. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk mempertahankan kecemerlangan fungsinya dalam memartabatkan pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu pada peringkat antarabangsa. Seminar yang dianjurkan bersama-sama Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Universitas Muhammadiyah, Sumatera Utara, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Universiti Goethe  Frankfurt, Jerman serta Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan strategi lautan biru dan wadah perkongsian serta pelestarian ilmu berasaskan kajian dan penyelidikan. Sekali gus, usaha ini dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk memperkasakan lagi fungsi profesionalisme ketiga-tiga institusi ini dalam memantapkan penggunaan dan penerokaan penemuan baharu dalam bidang penyelidikan pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
  3. Perkongsian ilmu dan kepakaran antara Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman serta Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan suatu usaha kerjasama lima institusi pengajian tinggi dalam lingkaran Nusantara yang merupakan pusat penglahiran bahasa Melayu sendiri. Semoga dengan perkongsian ini akan menyemarakkan lagi usaha pengembangan dan pemartabatan bahasa Melayu yang pernah diungguli sebagai bahasa lingua franca.

OBJEKTIF SEMINAR

  1. Memperkasakan fungsi Universiti Putra Malaysia, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Indonesia, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman serta Dewan Bahasa dan Pustaka dalam merealisasikan aspirasi memartabatkan pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
  2. Berkongsi pengalaman dan penerokaan dapatan kajian terkini dalam bidang pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu melalui penganjuran seminar.
  3. Meningkatkan sumber rujukan keilmuan dan pendidikan bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu pada peringkat global.
  4. Menyebarluaskan penemuan amalan terbaik dan inovasi dalam bidang pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
  5. Membina jaringan perkongsian pintar dalam kalangan pendukung, pencinta dan aktivitis bahasa, sastera dan budaya Melayu pada peringkat antarabangsa.
  6. Menerbitkan hasil kajian Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu kali kedua 2019 (SAPBaSBuM 2 2019) dalam prosiding kajian dan seterusnya jurnal untuk rujukan khalayak.

SASARAN PESERTA

  1. Pensyarah universiti awam (UA)
  2. Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG)
  3. Pensyarah Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)
  4. Guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia
  5. Pelajar pascasiswazah 
  6. Ahli akademik dan penyelidik


TEMA

PEMBANGUNAN DAN CABARAN MASA DEPAN PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU


SUB TEMA

1. Pendidikan bahasa, sastera, dan budaya Melayu.

2.Pembangunan kurikulum pendidikan bahasa dan sastera 
   Melayu. 

3.Masalah pembelajaran dalam bidang bahasa dan 
   sastera Melayu.

4. Pembangunan profesionalisme guru bahasa
5. Penilaian dan pentaksiran berasaskan sekolah.
6. Penyelidikan dan inovasi dalam Pendidikan Awal
    Kanak-kanak.

7. Kajian bahasa, sastera, dan tamadun Melayu.
8. Budaya dalam tamadun Melayu.
9. Bahasa Melayu merentas kurikulum dan bidang.

Latest Update : Tue, 18 Dec 2018 (hazwan)