Languages : malay | english

  • 173

UCAP UTAMA DAN UCAP DASAR

UCAP UTAMA 1



Prof. Dr. Arndt Graf

Prof. Dr. Arndt Graf merupakan seorang pensyarah di Universiti Goethe di Frankfurt, Jerman. Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah yang pertama pada tahun 1997 di Universiti Hamburg dalam bidang Bahasa dan Budaya Austronesia. Beliau juga menerima Ijazah Doktor Falsafah Habil (habilitasi = bersamaan dengan PhD yang kedua) dalam "Bahasa dan Budaya Austronesia" dan "Kajian Asia Tenggara" di Universiti Hamburg pada tahun 2004. Beliau fasih berbahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Indonesia, bahasa Perancis dan juga bahasa Jerman (penutur natif). Selain itu, beliau juga mempelajari bahasa yang lain seperti Latin (5 tahun), Jawa Lama (7 semester), Jawa (5 semester), dan Tagalog (3 semester).

Beliau pernah menjadi Profesor Adjunct (Privatdozent) Bahasa dan Budaya Austronesia dan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Hamburg, Jerman pada tahun 2004 sehingga 2007. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Profesor Madya dalam Kesusasteraan Melayu dan Perbandingan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia (kursus yang diajar dalam bahasa Melayu) dari tahun 2007 sehingga tahun 2009. Sekarang, beliau bertugas sebagai seorang Profesor Pengajian Asia Tenggara di Universiti Goethe, Frankfurt, Jerman sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Bidang pengkhususan beliau ialah Pengajian Asia Tenggara. Beliau banyak menjalankan penyelidikan dan terlibat dengan hampir 14 buah geran sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau juga banyak menerbitkan buku, jurnal, kertas seminar sama ada di dalam dan di luar negara.



UCAP UTAMA 2



Prof. Dr. Zamri bin Mahamod

Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, UKM. Memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan PBMP (Ambilan Ke-7) pada 1992 dari UPM. Pada tahun 1997 memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan dan 2004 memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari UKM. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru dari tahun 1992 hingga 1998. Kemudian pada tahun 1999 sehingga kini beliau berkhidmat di Fakulti Pendidikan UKM. 


Sepanjang perkhidmatan sebagai pensyarah, beliau pernah menjawat sebagai Ketua Jabatan Inovasi P&P, Penyelaras Latihan Industri, Penyelaras Program Eksekutif di samping menjadi Ketua Modul Pendidikan Bahasa Melayu dan penerima APC pada tahun 2004, 2011 dan 2015. Dari segi penyeliaan, sehingga tahun 2018 beliau telah berjaya melahirkan 19 orang pelajar Doktor Falsafah, 100 orang pelajar Sarjana Pendidikan dan 46 pelajar Sarjana Muda Pendidikan.

Dari segi penerbitan pula beliau telah menghasilkan 119 artikel jurnal (20 SCOPUS/ERA; 99 Berwasit),  22 buku akademik (8 buku terbitan tersohor/12 penerbitan berwasit), 56 bab dalam buku, 175 prosiding seminar kebangsaan, 98 prosiding seminar antarabangsa/ serantau,  42 kertas kerja seminar, 2 makalah popular,  8 buah buku sekolah, dan menjadi Ketua Editor/Editor bagi 42 buah buku dan prosiding seminar. Beliau juga memberi khidmat rundingan dengan DBP dan MPM dalam bidang kepakaran.  Bidang kepakaran Prof. Zamri ialah Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Sastera dan Pendidikan Guru.

 

           



PEMBENTANG KERTAS KERJA UCAPAN DASAR



Prof. Madya Dr. Abdul Rasid bin Jamian

(Universiti Putra Malaysia)



En. Abdulroya@ Abdul Razak Panaemalae 
(Walailak University, Thailand)

 

Dr. Shamsudin bin Othman 
(Universiti Putra Malaysia)


Prof. Dr. Nothofer 
(Goethe University of Frankfurt)



Dr. Syaiful Bahri, M.AP
 
(Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara)

 

Dr. Azhar bin Md Sabil
 
(Universiti Putra Malaysia)



Dr. Yahya bin Osman
 
(Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh)


Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim
(Dewan Bahasa dan Pustaka)


Latest Update : Tue, 18 Dec 2018 (hazwan)