Bahasa : malay | english

  • 173

UCAP UTAMA DAN UCAP DASAR

UCAP UTAMA 1




Prof. Dr. Arndt Graf


Prof. Dr. Arndt Graf merupakan seorang pensyarah di Universiti Goethe di Frankfurt, Jerman. Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah yang pertama pada tahun 1997 di Universiti Hamburg dalam bidang Bahasa dan Budaya Austronesia. Beliau juga menerima Ijazah Doktor Falsafah Habil (habilitasi = bersamaan dengan PhD yang kedua) dalam "Bahasa dan Budaya Austronesia" dan "Kajian Asia Tenggara" di Universiti Hamburg pada tahun 2004. Beliau fasih berbahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Indonesia, bahasa Perancis dan juga bahasa Jerman (penutur natif). Selain itu, beliau juga mempelajari bahasa yang lain seperti Latin (5 tahun), Jawa Lama (7 semester), Jawa (5 semester), dan Tagalog (3 semester).

Beliau pernah menjadi Profesor Adjunct (Privatdozent) Bahasa dan Budaya Austronesia dan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Hamburg, Jerman pada tahun 2004 sehingga 2007. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Profesor Madya dalam Kesusasteraan Melayu dan Perbandingan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia (kursus yang diajar dalam bahasa Melayu) dari tahun 2007 sehingga tahun 2009. Sekarang, beliau bertugas sebagai seorang Profesor Pengajian Asia Tenggara di Universiti Goethe, Frankfurt, Jerman sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Bidang pengkhususan beliau ialah Pengajian Asia Tenggara. Beliau banyak menjalankan penyelidikan dan terlibat dengan hampir 14 buah geran sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau juga banyak menerbitkan buku, jurnal, kertas seminar sama ada di dalam dan di luar negara.



UCAP UTAMA 2



Dr. Mohd. Hanafi Ibrahim

Dr. Mohd. Hanafi Ibrahim dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan  sehingga Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan pengajian di peringkat Ph.D di UKM. Bertugas sebagai Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Dalam bidang kesusasteraan moden, beliau menghasilkan esei, kritikan, kajian sastera, cerpen dan puisi.   Pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan-Public Bank tahun 1986 dalam genre  cerpen, dan menerima Anugerah Sastera Darul Naim dalam bidang esei pada tahun 2003.    Esei dan kajian sasteranya diterbitkan dalam  Dewan Sastera, jurnal Malay Literature, Pangsura dan dalam buku/prosiding, antaranya buku Kajian Bandingan Cerpen Sebelum Merdeka Brunei, Indonesia dan Malaysia (2007), Kesusasteraan Melayu Moden 1920-1940 (2004), Pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan (2006), Idealisme & Intelektualiti dalam Karya (2005) dan dalam Gender dalam Sastera Melayu (UKM:2013).  Cerpen beliau  diterbitkan dalam antologi Penantian, Kehadiran yang Dilupakan, Cermin, Gemilang dan Inthanon (kumpulan cerpen penulis-penulis ASEAN yang menyertai program penulisan COCI di Chiengmai, 1995,)

Sepanjang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka beliau melaksanakan tugas-tugas penyelidikan kesusasteraan Melayu moden dan tradisional, antaranya penyelidikan Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden, penyelidikan sejarah genre, penyelidikan lapangan dan rakaman puisi Melayu tradisional berunsur Islam, melakukan kerja-kerja penyelidikan dan rakaman dokumentasi teater tradisional Jikey, penyelidikan dokumentari tradisi pengucapan pantun Melayu dalam kesenian lotah. Selain itu beliau juga melakukan kerja-kerja transliterasi dan kerja-kerja mempermudah cerita rakyat bagi tujuan penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga menjadi penyelidik pautan bagi projek  Gender dalam sastera Melayu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, penyelidik dalam MASTERA Malaysia dan Sidang Editorial bagi projek ASEAN Committee on Culture and Information (COCI), “ASEAN 20th Century Literatures.”

Beliau juga melaksanakan kerja-kerja pengembangan sastera, terutamanya pengiktirafan karya dan tokoh seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Anugerah Sastera Negara, Hadiah Novel Alaf Baru.  Beliau juga menyumbangkan kepakaran sebagai panel penilai antaranya, panel dalam Siri Hadiah Kumpulan Utusan sejak tahun 2005-2018,  Hadiah Penghargaan Penulis Muda MASTERA, Hadiah Sastera MASTERA, Hadiah Sastera Tunas Cipta,  Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim, Hadiah Sastera Sarawak dan Hadiah Sastera Sabah.

 

PEMBENTANG KERTAS KERJA UCAPAN DASAR



Prof. Madya Dr. Abdul Rasid bin Jamian

(Universiti Putra Malaysia)

 

Dr. Shamsudin bin Othman 
(Universiti Putra Malaysia)


Prof. Dr. Nothofer 
(Goethe University of Frankfurt)



Dr. Syaiful Bahri, M.AP
 
(Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara)

 

Dr. Azhar bin Md Sabil
 
(Universiti Putra Malaysia)



Dr. Yahya bin Osman
 
(Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh)



Kemaskini Terakhir : Wed, 20 Mar 2019 (GS53022)