Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

TEMA

Seminar i-GREduc 2023 adalah satu usaha yang berterusan dari pihak Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM bagi mewujudkan platform perbincangan akademik untuk pelajar pasca siswazah, ahli akademik, praktisional, penyelidik, penggubal dasar dan agensi kerajaan untuk membentang cadangan atau hasil penyelidikan. Pelajar yang telah bergraduat dalam tempoh masa dua tahun yang lepas juga dialu-alukan untuk untuk mengambil bahagian dalam seminar ini.

Objektif utama Seminar i-GREduc 2023:

  • Memberi peluang untuk berkongsi hasil penyelidikan
  • Membincang secara komparatif berkaitan isu dan cabaran pendidikan
  • menghebah dapatan penyelidikan daripada pelbagai bidang penyelidikan
  • Meningkat tahap kesedaran mengenai peluang pendidikan sepanjang hayat
  • Mewujud jaringan kerjasama penyelidikan dalam kalangan pelajar pasca siswazah

Tema utama Seminar i-GREduc 2023 ialah "Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah: Memperkasakan pelajar generasi hadapan". Berikut adalah subtema-subtema di dalam Seminar i-GREduc 2023:

  • Kurikulum dan Pengajaran
  • Pentadbiran Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Teknologi Pendidikan
  • Pendidikan Lanjutan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani
  • Sosiologi Pendidikan
  • Sains Sukan
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kesusasteraan Melayu
  • Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

Kemaskini Terakhir : Tue, 29 Aug 2023 (jazihan)