Languages : malay | english

  • 173

    .

Pengenalan

Kesenian dalam Islam merangkumi pelbagai aspek seperti seni suara, pertahanan diri, sukan, tulisan dan sebagainya. Jika kita menyelusuri kembali latar belakang kesenian Islam, kita dapat saksikan bahawa nilai kesenian ini telah mula menapak dalam kalangan masyarakat Islam sejak dahulu lagi. Berbeza dengan seni masa kini yang lebih bercorak dan dipengaruhi oleh budaya barat. Namun, kesenian Islam ini juga unik dan lebih kepada penerapan nilai-nilai murni seiring dengan kesucian dan tuntutan agama Islam itu sendiri.

Hal ini dapat dibuktikan apabila kita dapat mengetahui bahawa telah wujud penulisan kaligrafi khat yang merupakan salah satu keindahan seni Islam yang semakin menyepi dalam kalangan masyarakat kini. Selain itu, masyarakat Islam dulu juga mempunyai hiburan tersendiri seperti syair dan sebagainya. Rentetan dari perubahan dunia kini, hiburan dalam Islam telah diberi nafas baharu. Hasilnya, muncullah kumpulan-kumpulan yang tampil seiring dengan kerancakan muzik-muzik nasyid dan sebagainya. Kini, nasyid yang dulunya kurang mendapat sambutan telah mengalami anjakan transformasi sehingga terciptanya lagu-lagu bercirikan tradisional dan kontemporari. Malah pada hari ini, dapat kita dengari di corong radio dan tontoni di kaca televisyen persembahan artis tempatan dan luar negara yang menyumbang seni suara dalam genre-genre lagu Pop dan lagu-lagu terkini yang diubah suai dan diselitkan lirik dan ciri-ciri berunsurkan keindahan dan kecintaan Islam. Tidak cukup dengan itu, seni suara dalam Islam juga merangkumi aspek dalam pembacaan al-quran iaitu ilmu qiraat. Sirah Islam telah membuktikan kelahiran tokoh-tokoh qiraat seperti Imam Hafs, Ibn Amru dan sebagainya.

Di Malaysia, program sebegini bukanlah satu benda baharu. Malah, program kesenian Islam sebegini sudah menjadi satu program wajib hampir di semua peringkat lapisan pengajian bermula dari sekolah sehinggalah ke institusi pengajian tinggi malah di peringkat Negari mahu pun Negera.

Menyedari hakikat bahawa kesenian Islam itu perlu dihargai dan ditonjolkan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak telah bersepakat untuk menganjurkan Festival Kesenian Islam 2019 atau lebih dikenali sebagai iFest2019. Program yang julung kali diadakan di UPMKB ini akan menampilkan beberapa aktiviti sebagai pengisian yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat.


Sila klik disini untuk Tentatif Festival Kesenian Islam 2019 (iFEST2019)


Latest Update : Mon, 15 Jul 2019 (syazwina)