Languages : malay | english

  • 173

INKUBASI 2019



Pada tahun 2019, seramai 29 peserta telah mengikuti Program Inkubasi Usahawantani yang terdiri daripada 18 orang peserta lelaki dan 11 orang peserta perempuan. Program ini telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2019 dan berakhir pada 31 Disember 2019. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:

  • Ogos 2019 : Peserta telah diberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan bidang keusahawanan. Syarahan diberikan oleh para pensyarah dari UPM dan juga dari agensi luar seperti Agrobank, TEKUN,  FAMA, Suruhanjaya  Syarikat Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia. 

  • 23 - 25 Ogos 2019 : Program ‘team building 1.0’ yang pertama telah diadakan dengan kerjasama Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri,  pada  di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai. Tujuan team building ini diadakan ialah untuk meningkatkan tahap disiplin para peserta dan mengukuhkan lagi semangat bekerjasama dalam kumpulan dan antara satu sama lain.
  • 16 - 18 Ogos 2019 : Para peserta program telah dibawa untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Antara tempat kunjungan peserta program di sana adalah:
    1. FAMA Negeri Melaka
    2. Pasar Tani, Jasin
    3. Projek Ternakan Ayam Kampung, di Pulau Sebang, Melaka (Peserta Inkubasi tahun 2013)
    4. Projek Tanaman Cili, di Bukit Katil Melaka (Yoshii Agro Global Sdn. Bhd., Usahawan bimbingan FAMA)
  • September - Disember 2019 : Peserta menjalankan latihan amali projek mengikut modul masing-masing. Setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan diberikan pinjaman modal tanpa faedah sebanyak RM10,000.00 (maksimum) sebagai pendahuluan bagi memulakan projek mereka. Pengurusan projek adalah bermula daripada peringkat pengeluaran sehingga pemasaran produk. 

  • 20 - 22 November 2019 : Program ‘team building 2.0’ telah diadakan dengan kerjasama PALAPES UPM di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong (SISFEC). Aktiviti-aktiviti luar telah diatur dengan pantauan pasukan PALAPES dengan tujuan meningkatkan tahap disiplin para peserta dan mengekalkan semangat bekerjasama dalam kumpulan setelah lebih empat (4) bulan menjalani program inkubasi.

  • 31 Disember 2019 : Program Inkubasi Usahawantani telah dilaksanakan dengan jayanya dan Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM.



Latest Update : Tue, 02 Aug 2022 (md_aisyahz)