Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

Mengenai Seminar

Seminar Dwi-Tahunan Pendidikan Sains Rumah Tangga 2019 (Seminar BiHSEd 2019) menyediakan peluang terbaik kepada pendidik, penyelidik dan pengamal untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan penambahbaikan dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga di Malaysia. Seminar BiHSEd 2019 ini juga dilihat sebagai mekanisme untuk memperkasa fungsi profesional Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dalam memantapkan penerokaan penemuan dan penggunaan dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga.

 

Di antara objektif Seminar BiHSEd 2019 ini ialah untuk:

  • menanda aras bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga di negara membangun tentang amalan lestari dalam Pendidikan Sains Rumah Tangga.
  • memperkasa guru Pendidikan Sains Rumah Tangga dalam mengambil peranan yang lebih signifikan di institusi pendidikan.
  • berkongsi hasil inovasi pengajaran dan produk dalam Pendidikan Sains Rumah Tangga.
  • menyebarluas hasil dapatan, penemuan dan produk dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga.
  • membina jaringan dalam kalangan penyelidik dan pengamal dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga.


PENGUCAP UTAMA DAN PEMBENTANG KERTAS KERJA





Prof. Dr. Virginia B. Vincenti
(University of Wyoming, USA)




Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim
(Universiti Putra Malaysia)

Kemaskini Terakhir : Fri, 19 Apr 2019 (hazwan)