PENGENALAN
Menjelang 2050, peningkatan populasi global yang dijangkakan sebanyak 9.7 bilion akan memerlukan 70% lebih banyak makanan daripada makanan yang ada pada hari ini. Bagi tujuan membekalkan makanan yang berkhasiat dan berterusan, usaha penambahbaikan yang besar adalah diperlukan dalam sistem rantaian makanan global yang dijangka dapat menaik taraf kehidupan petani serta menyediakan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk pengguna. Berasaskan tema "Membentuk Masa Depan Melalui Inovasi Pertanian", Kongres Pertanian Antarabangsa 2018 akan meneroka penerapan teknologi canggih seperti Internet of Things (IoT), Simulation Technology, Big Data Analysis (BDA), Digital Economy, Genome Editing dan Science Biomass dalam membentuk masa depan pertanian yang lebih maju. Ini termasuk sistem rantaian makanan yang inklusif, mampan, cekap dan berkhasiat menerusi tindakan dan kerjasama yang berasaskan kepimpinan, berdasarkan pasaran dan dimaklumkan melalui pandangan dan inovasi untuk perubahan dalam sistem rantaian makanan; menggerakkan kepimpinan dan kepakaran di peringkat global.
OBJEKTIF
- Untuk mewujudkan forum dialog intelektual untuk membincangkan, dan menyebarkan idea dan penemuan yang inovatif bagi meningkatkan produktiviti pertanian.
- Untuk mendedahkan perwakilan kepada teknologi maju dan terbukti dalam bidang pertanian.
- Untuk mempamerkan penemuan, inovasi, strategi dan dasar untuk meningkatkan kemampanan pertanian.
BIDANG YANG TERLIBAT
- Pengeluaran Tanaman
- Pengeluaran Ternakan
- Industri Perladangan
- Teknologi Hijau
- Akuakultur & Perikanan
- Pertanian Bandar
- Ekonomi,Perniagaantani (Agribisness) & Dasar
- Big data Untuk Pertanian
- Agrotechnopreneurship(Keusahawanan Pertanian)
- Taman Landskap & Rekreasi
- Pengurusan Perosak & Biosekuriti
- Tanaman Masa Depan
- Rantaian Nilai Dalam Industri Berasaskan Pertanian
- Peluasan & Pendidikan Pertanian
- Herba & Tumbuhan Perubatan
- Pengurusan Sumber Tanah
- Sains Makanan