Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

Mengenai ICERP 2024

The 6th International Conference on Educational Research and Practice 2024 (ICERP 2024)

Universiti Putra Malaysia menjemput anda untuk menyertai The 6th International Conference on Educational Research and Practice 2024 (ICERP 2024) yang akan diadakan pada 3 dan 4 Julai 2024 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
 

Objektif persidangan ini adalah sebagai platform ilmiah untuk:

i. perkongsian idea mengenai perkembangan penyelidikan semasa di dalam bidang pendidikan perguruan dan pembangunan sumber manusia
ii. perbincangan komparatif tentang isu dan cabaran pendidikan perguruan dan pembangunan sumber manusia
iii. penghebahan dapatan kajian tentang dinamik pendidikan perguruan dan pembangunan sumber manusia
iv. mengetengahkan peranan pendidik dan profesional dalam pembangunan sumber manusia untuk merealisasikan matlamat pembangunan modal insan
v. membentuk jaringan kerjasama penyelidikan dalam kalangan sarjana, penyelidik dan pembuat polisi dan dasar sektor awam dan swasta di peringkat nasional dan antarabangsa


Tema utama The 6th International Conference on Educational Research and Practice 2024 (ICERP 2024) adalah
"SDGs in Action: Creating Impact Through Education and Practice". Berikut adalah sub-tracks untuk persidangan:
 

Sub-Tracks Persidangan

  • Pembangunan Mampan
  • Pendidikan untuk Pembangunan Mampan
  • Kajian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Kurikulum dan Pengajaran
  • ICT dan Teknologi Baharu
  • Etika dalam Pendidikan Era Digital
  • Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Pendidikan Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  • Pendidikan Seni dan Kemanusiaan
  • Pendidikan Agama dan Moral
  • Pendidikan Bahasa dan Literasi
  • Pendidikan Keusahawanan
  • Kepimpinan Pendidikan, Dasar dan Pentadbiran
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pendidikan Lanjutan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Pendidikan Belia dan Pendidikan Pengembangan
  • Kinesiologi dan Sains Sukan
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khusus
  • Psikologi dan Sosiologi Pendidikan
  • Pendidikan Kaunselor dan Kaunseling Psikologi


ICERP 2024 bertujuan untuk menyediakan platform bagi pendidik, penyelidik, pembuat dasar berkaitan pendidikan, pelajar, dan pihak berkepentingan lain untuk membincangkan isu-isu kritikal yang mempengaruhi pendidikan di semua peringkat masyarakat. Sertai kami dalam ICERP 2024!


Kemaskini Terakhir : Mon, 12 Feb 2024 (aiminasuha)