Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

Panggilan Kertas Kerja

Anda dijemput untuk menyertai The 6th International Conference on Educational Research and Practice 2024. 

 

Ahli akademik, Penyelidik, Guru, Ahli teknologi dan Saintis, Kaunselor, Pembuat dasar pendidikan, dan semua yang berminat dijemput untuk menyertai persidangan ini untuk menggalakkan pertukaran intelektual dan kerjasama dalam komuniti akademik yang pelbagai.

 

Persidangan ini menerima kertas penyelidikan asli dan poster yang belum pernah diterbitkan. Peserta yang berminat dialu-alukan untuk mengemukakan idea penyelidikan dan inovasi dalam persidangan ini.

 

Sub-trek persidangan adalah seperti berikut:

  • Pembangunan Mampan
  • Pendidikan untuk Pembangunan Mampan
  • Kajian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Kurikulum dan Pengajaran
  • ICT dan Teknologi Terkini
  • Etika dalam Pendidikan Era Digital
  • Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Pendidikan Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)
  • Pendidikan Seni dan Kemanusiaan
  • Pendidikan Agama dan Moral
  • Pendidikan Bahasa dan Literasi
  • Pendidikan Keusahawanan
  • Kepimpinan, Dasar, dan Pentadbiran Pendidikan
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pendidikan Lanjutan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Pendidikan Belia dan Pendidikan Pengembangan
  • Kinesiologi dan Sains Sukan
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khusus
  • Psikologi Pendidikan dan Sosiologi
  • Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling

 

Kertas kajian dan poster yang diterima akan dijemput untuk sesi pembentangan selari selama 15-20 minit semasa hari persidangan. 


Kemaskini Terakhir : Fri, 02 Feb 2024 (aiminasuha)