Bahasa : malay | english

  • 173

Pengenalan

Seminar ini merupakan penganjuran kali keempat oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) dengan menekankan isu-isu yang berkaitan belia. ICYOUTH telah diadakan julung kalinya pada tahun 2011 yang bertemakan Nurturing Youth-Adult Relationship for Healthy Youth Development, seterusnya ada tahun 2013 dengan tema Engaging Youth for Nation Building dan terakhir pada tahun 2016 dengan tema Youth as Global Leaders Today for a Better Tomorrow.

Pada tahun 2023, ICYOUTH bakal diadakan lagi dengan tema Healthy Youth Development in the Digital Era. Tema ini telah dipilih sejajar dengan arus teknologi masa kini yang kian berkembang dan seterusnya menberikan  kesan terhadap kesejahteraan belia.

Tujuan utama penganjuran 4th International Conference on Youth 2023  (ICYOUTH), Healthy Youth Development in the Digital Era adalah untuk menyediakan satu platform bagi pembentangan hasil penyelidikan, isu dan trend yang berkaitan dengan kesejahteraan belia dan media digital.  Pelbagai perspektif akan diperoleh daripada mereka yang bekerja dengan dan bagi pihak belia dari pelbagai disiplin dan latar belakang termasuklah penyelidik, pengamal, guru-guru, peserta program belia dan pembuat dasar.


Kemaskini Terakhir : Mon, 15 May 2023 (nurulakhtar)