Languages : malay | english

  • 173

    .

  • 173

    .

  • 173

    .

  • 173

    .

Pengenalan

Kesenian dalam Islam merangkumi pelbagai aspek seperti seni suara, pertahanan diri, sukan, tulisan dan sebagainya. Jika kita menyelusuri kembali latar belakang kesenian Islam, kita dapat saksikan bahawa nilai kesenian ini telah mula menapak dalam kalangan masyarakat Islam sejak dahulu lagi. Berbeza dengan seni masa kini yang lebih bercorak dan dipengaruhi oleh budaya barat. Namun, kesenian Islam ini juga unik dan lebih kepada penerapan nilai-nilai murni seiring dengan kesucian dan tuntutan agama Islam itu sendiri.

Pada Oktober 2019, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) buat julung kalinya telah menganjurkan Festival Kesenian Islam 2019. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya bukan sahaja menarik minat penyertaan peserta daripada Sarawak malah juga mampu menarik penyertaan peserta daripada Semenanjung Malaysia. Dari aspek pengisian program, secara amnya ianya terbuka kepada semua masyarakat umum dan tidak hanya memfokuskan kepada penyertaan masyarakat beragama Islam sahaja. Berdasarkan kepada penganjuran iFest sebelum ini, ianya dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat.

Menyedari hakikat bahawa kesenian Islam itu perlu dihargai dan ditonjolkan, UPMKB dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan / Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak sekali lagi berhasrat ingin menganjurkan Festival Kesenian Islam (iFEST) bagi Edisi Ke-2 di peringkat Borneo pada tahun ini. Beberapa aktiviti sama ada berbentuk pertandingan atau bukan pertandingan akan dianjurkan dan boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat setempat termasuk semua Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah Menengah dan Rendah diseluruh Borneo dan Semenanjung Malaysia.

Antara objektif penganjuran program ini adalah salah satu inisiatif untuk menghidupkan dan mengetengahkan seni islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat terutamanya golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat dan seterusnya membentuk peribadi diri yang lebih baik dan dengan adanya ruang dan peluang ini masyarakat berpeluan menonjolkan bakat yang ada pada diri melalui penglibatan dalam pertandingan yang akan diadakan sepanjang festival ini.

Anjuran iFEST ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan negeri Sarawak iaitu untuk bersama-sama mempromosikan Sarawak amnya dan Bintulu khasnya sebagai salah satu destinasi pelancongan bagi meningkatkan kemasukan pelancong ke Sarawak yang mampu menjana ekonomi penduduk tempatan dan negeri.

Pelaksanaan festival ini akan berlangsung selama seminggu iaitu bermula 7 hingga 12 Ogos 2023 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa). Program ini akan diadakan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.


(
"Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox" atau klik kanan untuk membuka pautan melalui Chrome)






Latest Update : Mon, 26 Jun 2023 (lanz)