Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

PENGHANTARAN ABSTRAK LANJUTAN

Terdapat dua jenis templat abstrak lanjutan yang disediakan. Pilih SATU templat yang bersesuaian dengan jenis abtrak lanjutan yang ingin di hantar. Templat abstrak lanjutan boleh dimuat turun di sini. Penghantaran abstrak lanjutan boleh dihantar di sini.

Format Abstrak Lanjutan:
Absrak lanjutan harus dihantar dalam fail Microsoft Word (.doc/.docx), saiz A4, dan berjarak tunggal dengan tulisan Times New Roman bersaiz 11 dengan tetapan margin yang telah ditetapkan (Atas=1.80cm, Bawah=1.80cm, Kiri=2.50cm, Kanan=1.80cm).

Abstrak lanjutan harus mempunyai sekurang-kurangnya tiga halaman, tetapi tidak melebihi lima halaman termasuk rujukan. Had perkataan adalah 1500 - 2000 patah perkataan.

Turnitin:

Semua pelajar dimestikan untuk menghantar abstrak lanjutan ke Turnitin dan mendapatkan laporan Turnitin sebelum hantar abstrak lanjutan ke Seminar i-GREduc 2023.

Pelajar dimestikan untuk menghantar Laporan Turnitin bersama-sama dengan abstrak lanjutan.

Abstak lanjutan dengan elemen PLAGIARISM (melebihi 20%) daripada Laporan Turnitin akan ditolak.

Sila klik pautan ini untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan Laporan Turnitin (https://www.youtube.com/watch?v=jGoeIQnFu9Q).

 

Kelulusan:
Pelajar perlu mendapatkan kelulusan dari penyelia/penasihat akademik/pensyarah sebelum menghantar abstrak lanjutan ke Seminar i-GREduc 2023.

Abstrak lanjutan yang tidak memenuhi format akan ditolak.

Ganjaran:

Semua abstrak lanjutan akan diterbitkan dalam bentuk prosiding dengan ISBN. Prosiding akan diterbitkan dalam bahasa Melayu (untuk abstrak lanjutan yang ditulis dalam bahasa Melayu) dan juga bahasa Inggeris (untuk abstrak lanjutan yang ditulis dalam bahasa inggeris). Abstrak lanjutan hanya akan diterbitkan apabila ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu/Inggeris yang piawai.

Anugerah akan diberikan kepada pembentang terbaik, abstrak lanjutan terbaik dan penyelia terbaik.

Dokumen i-GREduc2023

1. i-GREduc2023 Extended Abstract Template
2. i-GREDUC2023_Research Article and Systematic Literature Review_Extended Abstract Template

Kemaskini Terakhir : Fri, 08 Sep 2023 (faisfadly)