Bahasa : malay | english

  • 173

    PERHATIAN: DITANGGUHKAN KE 2021

Akomodasi



Renaissance Kuala Lumpur Hotel


Hotel lima bintang ini terletak di pusat bandar dan memiliki pemandangan Menara Berkembar Petronas. Renaissance Kuala Lumpur Hotel hanya berada lima minit berjalan kaki dari menara berkembar tertinggi di dunia dan mudah untuk ke pusat membeli-belah paling terkini. Stesen monorail Bukit Nanas hanya terletak dua minit dari hotel dengan berjalan. Bilik dengan rekaan mewah ini adalah tempat yang betul untuk menikmati pemandangan kota setelah penat bersiar-siar dan berbelanja. East Wing hotel ini memiliki pemandangan megah Menara Berkembar manakala di West Wing tetamu dapat melihat kolam renang yang berada di tingkat empat.



Hotel Lain Yang Berdekatan :-


1) Corus Hotel, Kuala Lumpur

Corus Hotel merupakan salah sebuah rangkaian Hotel Corus yang berpengkalan di United Kingdom. Hotel yang terletak berhampiran kompleks membeli belah ekslusif KLCC ini memudahkan pengunjung untuk ke lokasi-lokasi menarik seperti Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Aquaria yang terletak hanya 10 minit perjalanan. Pengunjung pasti tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik seperti Pasar Jalan Petaling, kompleks-kompleks membeli belah di Bukit Bintang dan juga Pasar Seni. Hotel yang bertaraf empat bintang ini menyediakan 338 buah bilik kelas pertama yang menampilkan ciri-ciri kemewahan dan kelengkapan asas serba moden. Untuk kesenangan pengunjungnya, Corus Hotel turut menyediakan khidmat pengangkutan percuma ke Bukit Bintang dan Jalan Petaling. Corus Hotel ini sememangnya tempat penginapan yang terbaik.

https://www.corushotelkl.com



2) Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Hotel empat bintang yang menawarkan perkhidmatan lengkap ini, terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur. Hotel ini memiliki 570 buah bilik kontemporari dan menjadi pilihan dikalangan golongan bisnes serta mudah untuk ke kawasan tarikan pelancong. Concorde Hotel Kuala Lumpur terletak satu jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki kereta dan 10 minit dari Pusat Dagangan Dunia Putra. Tetamu hanya perlu berjalan kaki untuk ke Menara Berkembar PETRONAS, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pusat membeli-belah Suria KLCC dan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Matlamat hotel ini adalah untuk menyediakan penginapan yang terbaik dan selesa kepada setiap tetamu dari segi rekaan bilik penginapan dan hiasan perabot yang lengkap dan mewah. Kemudahan yang ditawarkan adalah seperti bilik berhawa dingin, pancuran mandi, pengering rambut, papan menggosok, peti keselamatan di bilik, bar mini, TV satelit dan kemudahan membancuh teh dan kopi. Di tingkat paling bawah, terdapat pelbagai pilihan tempat makan seperti Melting Pot Cafe, Xin Cuisine, Cross Roads Lounge dan Spices Restaurant & Bar. 

https://kualalumpur.concordehotelsresorts.com



3) Maya Hotel, Kuala Lumpur

Kedudukan strategik Hotel Maya menjadi tarikan utama para tetamu untuk menginap di hotel ini. Terletak di tengah bandar Kuala Lumpur menjadikannya tempat persinggahan utama bagi tetamu yang datang menginap untuk tujuan perniagaan atau sekadar melancong. Para tetamu hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi Menara Berkembar Petronas dan KLCC yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Antara tarikan lain di hotel ini ialah halaman atriumnya yang cukup indah setinggi 80 meter ke puncak bumbung berkaca. Di kala malam, kawasan sekitar hotel ini begitu meriah dengan pelbagai restoran, pub, bar dan disko sekelilingnya. Hotel yang berketinggian 22 tingkat dan memililki 280 buah bilik ini merupakan penginapan yang paling sesuai sekiranya anda melawat Kuala Lumpur. 

https://www.hotelmaya.com.my

 
Kemaskini Terakhir : Wed, 11 Mar 2020 (lateef)