Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

  • 173

PANDUAN PENGHANTARAN ABSTRAK DAN KERTAS KERJA PENUH

FORMAT ABSTRAK:

  1. Penghantaran abstrak dibuka secara atas talian sehingga 30 Julai 2024.
  2. Semua abstrak mesti dihantar melalui sistem penghantaran abstrak dalam talian. Penghantaran melalui cara lain seperti pos, e-mel, faks atau lain-lain tidak dibenarkan.
  3. Abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris ATAU Bahasa Melayu, tetapi tidak campuran kedua-duanya.
  4. TAJUK ABSTRAK mesti jelas, padat, dan tatabahasa yang betul. Sila elakkan penggunaan singkatan pada tajuk.
  5. Penghantaran lewat TIDAK akan dilayan.
  6. Templat Abstrak persidangan boleh dimuat turun dari - https://drive.google.com/drive/folders/1T-SCVrWr1H1gYPl0QGgI5dJkwUhjQWKe?usp=sharing

 

FORMAT KERTAS PENUH:

  1. Kertas penuh: Microsoft Word, saiz A4, Times New Roman, jarak tunggal.
  2. Format: Tajuk saiz font 14, Nama penulis font 11, Abstrak font 10, Normal font 11.
  3. Bilangan muka surat: 3,000 – 4,000 perkataan, atau sekitar 6-8 muka surat termasuk rujukan.
  4. Teks hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris ATAU Bahasa Melayu, tetapi tidak campuran kedua-duanya.
  5. Penulis yang merasakan manuskrip Bahasa Inggeris mereka mungkin memerlukan penyuntingan untuk menghapuskan kesalahan tatabahasa atau ejaan dan untuk mematuhi Bahasa Inggeris saintifik yang betul boleh menggunakan aplikasi penyuntingan atau perkhidmatan yang berkaitan.
  6. Penulis yang menghantar bertanggungjawab memastikan penerbitan artikel tersebut telah diluluskan oleh semua penulis bersama yang lain dan bertanggungjawab ke atas kertas semasa penghantaran dan semakan rakan sebaya.
  7. Edisi ke-7 the Publication Manual of the American Psychological Association (APA) digunakan untuk petikan.
  8. Template Kertas Penuh persidangan boleh dimuat turun dari - https://drive.google.com/drive/folders/1T-SCVrWr1H1gYPl0QGgI5dJkwUhjQWKe?usp=sharing

 

PROSES PENILAIAN KERTAS PENUH:

  1. Semua kertas yang diterima mengikut tarikh akhir akan disemak oleh rakan sebaya oleh jawatankuasa persidangan dan dijangka memenuhi kriteria saintifik dari segi kebaruan (novelty) dan kecemerlangan akademik. Keaslian, relevan, kaedah penyelidikan, pembentangan hasil, kesimpulan, struktur dan format dipertimbangkan untuk proses penilaian.
  2. Proses semakan adalah sulit, dan keputusan adalah muktamad. Pemberitahuan penerimaan/penolakan akan dikeluarkan dalam masa 10 hari bekerja selepas penghantaran.
  3. Kertas yang diterima akan diterbitkan dalam Prosiding Seminar.

Kemaskini Terakhir : Sat, 29 Jun 2024 (jazihan)