PENGENALAN
Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Keupayaan menggembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara. Dasar Pembangunan Belia Negara yang digubal pada tahun 1985 dan dikaji semula pada tahun 1997 telah menggariskan beberapa strategi bagi menjayakan dasar ini antaranya pembangunan ilmu, pembentukan sikap seperti nilai-nilai murni, pembangunan kemahiran dan keusahawanan, pemupukan gaya hidup sihat, kemudahan interaksi sosial, pengkongsian dalam pembangunan dan jaringan hubungan antrabangsa. Kesemua elemen ini dilihat begitu penting bagi membangunkan potensi serta bakat golongan belia.
Secara amnya, golongan belia memerlukan platform yang sesuai bagi menonjolkan bakat masing-masing dari pelbagai aspek seperti kepimpinan, sukan, perniagaan dan sebagainya. Penyediaan platform yang meluas dan sesuai dengan kehendak belia adalah penting bagi memastikan golongan belia bersedia untuk mewarisi tampuk pimpinan negara pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat lari dari menghadapi masalah sosial yang melanda belia masa kini. Antara gejala sosial yang dilihat mencatatkan peratusan dan bilangan yang tinggi di Sarawak adalah penyalahgunaan dadah, kehamilan bawah umur dan luar nikah, keciciran sekolah serta penceraian golongan muda. Keadaan ini amat membimbangkan dan adalah penting untuk semua pihak bersatu bagi menangani masalah ini secara kolektif.
Melihat kepada senario ini serta kepakaran dan kemampuan yang ada, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) berhasrat untuk menganjurkan Festival Semarak Belia @ UPMKB 2020 bagi menyokong dan memastikan dasar pembangunan belia di Negeri Sarawak mencapai objektif dan sasarannya.
TARIKH
17 – 19 Julai 2020 & 24 – 26 Julai 2020 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
PENGISIAN
- Seminar Kesedaran Sosial & Simposium Kerjaya (KSK2020)
Pengisian lebih menjurus kepada program motivasi untuk memberi kesedaran kepada belia tentang gejala sosial yang berlaku di Sarawak. Selain itu, taklimat tentang peluang kerjaya dan Career Fair akan turut dilaksanakan.
- Youth Leadership & Entrepreneurship (YLE2020)
Pengisian lebih menjurus kepada bidang keusahawanan, kepimpinan dan mengenal potensi diri. Sebanyak 6 modul (3 siri) telah dirangka dan akan dilaksanakan termasuk pemantauan dalam tempoh setahun. - Karnival Muzik & Sukan 2020 (KAMUS2020)
Beberapa aktiviti sukan dan muzik akan dilaksanakan seperti Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Futsal, Pertandingan Ragbi, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan E-Games (FIFA2020) dan Pertandingan Muzik Akustik.
Terbuka. Keutamaan kepada belia seluruh Negeri Sarawak.