Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

Pendaftaran pembentang dan peserta

Bagi PEMBENTANG, pastikan yang anda telah menerima notifikasi penerimaan abstrak dan ID abstrak sebelum meneruskan dengan pembayaran dan pendaftaran.

Bagi PESERTA, pastikan bahawa anda telah membuat pembayaran sebelum mengisi borang pendaftaram.

Klik pautan berikut bagi pendaftaran pembentang dan peserta:

Pendaftaran
  Click Here Icons - Free SVG & PNG Click Here Images - Noun Project



Maklumat untuk Pembentang

Maklumat untuk pembentang mengenai peruntukan masa, peralatan yang digunakan dan spesifikasi pembentangan adalah seperti berikut:

Semua pembentang dikehendaki menyediakan slaid pembentangan mereka dalam format pptx.

Pautan pembentangan dalam talian akan disediakan oleh Sekretariat. Jika anda tidak menerima pautan ini sebelum 11 November 2024, sila maklumkan kepada kami melalui e-mel: i-celt.abstract@upm.edu.my

Tempoh pembentangan bagi kedua-dua pembentangan fizikal dan dalam talian tidak melebihi 15 minit.

Pembentang yang menghadiri persidangan secara fizikal mesti membawa slaid pembentangan yang disimpan di dalam pemacu USB. Sila JANGAN menghantar slaid pembentangan kepada Sekretariat.

Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu pembentangan yang dijadualkan, anda bertanggungjawab untuk mengenal pasti sebarang pertindihan masa dan melaporkannya kepada Sekretariat Abstrak sebelum 30 Oktober 2024 (GMT+8 pada 23:59) supaya pembetulan boleh dibuat.

Setiap bilik pembentangan akan dilengkapi dengan peralatan berikut:

Satu unit mikrofon untuk pembentang
Satu komputer riba untuk pembentangan
Satu unit projektor LCD terbina dalam dan skrin projektor
Harap maklum bahawa di Malaysia, palam kuasa dan soket (outlet) jenis G digunakan. Voltan standard ialah 240 V pada frekuensi 50 Hz.
Pembentang perlu menguruskan penyesuai (converters/adaptors) sendiri jika mereka bercadang menggunakan komputer riba sendiri untuk pembentangan. Mereka juga bertanggungjawab untuk membawa penyambung VGA dan HDMI yang sesuai dengan komputer riba masing-masing.

Pembentang bertanggungjawab untuk menanggung kos peralatan tambahan yang tidak disediakan. Jika anda memerlukan peralatan tambahan untuk pembentangan, sila hubungi Sekretariat di i-celt.abstract@upm.edu.my

Format dan Had Masa

Bagi pembentangan kertas kerja individu/kumpulan (fizikal / dalam talian), peruntukan masa bagi setiap pembentangan adalah seperti berikut:

Pembentangan akan dijalankan mengikut urutan.

Pembentang individu akan membentangkan kertas kerja mereka mengikut slot masa yang dijadualkan.

Setiap pembentang diberi masa 15 minit untuk membentangkan kertas kerja mereka. Tambahan sebanyak 5 minit disediakan untuk sesi soal jawab selepas kertas kerja dibentangkan.


Kemaskini Terakhir : Thu, 26 Sep 2024 (faisfadly)