PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Keupayaan menggembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan social, ekonomi dan politik negara. Dasar Pembangunan Belia Negara yang digubal pada tahun 1985 dan dikaji semula pada tahun 1997 telah menggariskan beberapa strategi bagi menjayakan dasar ini antaranya pembangunan ilmu, pembentukan sikap seperti nilai-nilai murni, pembangunan kemahiran dan keusahawanan, pemupukan gaya hidup sihat, kemudahan interaksi sosial, pengkongsian dalam pembangunan dan jaringan hubungan antrabangsa. Kesemua elemen ini dilihat begitu penting bagi membangunkan potensi serta bakat golongan belia.
Memang tidak dinafikan, masalah tingkah laku seperti penyalahgunaan dadah, gengsterisme serta masalah sosial lain dalam kalangan remaja dewasa ini amat membimbangkan. Adalah penting untuk semua pihak bersatu bagi menangani masalah ini secara kolektif. Golongan belia memerlukan platform yang sesuai bagi menonjolkan bakat masing-masing dari pelbagai aspek seperti kepimpinan, sukan, kesenian, perniagaan dan sebagainya. Penyediaan platform yang meluas dan sesuai dengan kehendak belia adalah penting bagi memastikan golongan belia bersedia untuk mewarisi tampuk pimpinan negara pada masa akan datang. Penganjuran Karnival Muzik dan Sukan 2022 (KAMUS 2022) pada tahun 2022 telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada golongan belia di seluruh wilayah Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Dalam pada itu, agensi–agensi kerajaan/bukan kerajaan juga turut memberi sokongan dan pandangan untuk mempelbagaikan lagi jenis acara yang dipertandingkan selaras dengan minat dan kehendak masyarakat umum.
Melihat kepada senario ini, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) berhasrat untuk meneruskan penganjuran Karnival Muzik & Sukan 2024 (KAMUS2024) (Edisi Ke-2) bagi menyokong dan memastikan dasar pembangunan belia di Malaysia mencapai objektif dan sasarannya. Karnival ini akan menampilkan 9 acara keseluruhannya dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat. Dari aspek penyertaan peserta, UPMKB menjangkakan penyertaan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ada di Kepulauan Borneo (Sabah, Brunei dan Indonesia) terutamanya IPT yang merupakan ahli kepada Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB).
OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif penganjuran program ini adalah;
- Salah satu inisiatif untuk belia terlibat dalam perkara yang sihat dan berfaedah bagi membentuk peribadi yang lebih baik.
- Memberi ruang dan peluang kepada belia untuk menonjolkan bakat yang ada pada diri melalui penglibatan dalam pertandingan yang akan diadakan.
- Mempromosikan Sarawak amnya dan Bintulu khasnya sebagai salah satu destinasi pelancongan bagi meningkatkan kemasukan pelancong ke Sarawak yang mampu menjana ekonomi penduduk tempatan dan negeri.
- Merapatkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah warga UPMKB dengan masyarakat luar khasnya dan organisasi kerajaan mahu pun bukan kerajaan amnya.
PENYERTAAN
Jemputan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kepulauan Borneo dan pasukan/individu di setiap bahagian di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
PENGISIAN PROGRAM DAN KATEGORI
No. |
Pengisian |
Penyertaan |
1. |
Pertandingan Bola Sepak (9 Sebelah) Padang Bola Sepak, UPMKB |
Kategori Terbuka L : 24 kump. |
2. |
Pertandingan Futsal Kenyalang Futsal Centre, Bintulu |
Kategori Terbuka L : 24 kump. / P : 24 kump. |
3. |
Pertandingan Bola Jaring Kelab Kidurong, Bintulu |
Kategori Terbuka P : 24 kump. |
4. |
Pertandingan Bola Tampar SJK Sibiew Chinese, Bintulu |
Kategori Terbuka L : 12 kump. / P : 12 kump. |
5. |
Pertandingan Ragbi Padang Ragbi, UPMKB |
Kategori Terbuka L : 16 kump. / P : 16 kump. |
6. |
Pertandingan e-Games (MLBB) Dewan Sidang, UPMKB |
Kategori Terbuka 32 kump. x 2 game |
7. |
Pertandingan Memanah Lapang Sasar Memanah, UPMKB |
Lelaki terbuka = 30 org. Wanita terbuka = 30 org. Sek. Menengah / IPT = 30 org. Sek. Menengah / IPT = 30 org. Sek. rendah = 30 org. Sek. rendah = 30 org. |
8. |
Pertandingan Karaoke Dewan Sri Kenyalang, UPMKB |
Kategori Terbuka = 40 org. Bintang kecil = 40 org. |