Bahasa : malay | english

  • 173

Pengenalan

Dalam era globalisasi digital yang pesat berkembang, keperluan terhadap pembangunan sumber ilmu yang berkualiti tinggi seperti kamus, ensiklopedia dan sistem istilah menjadi semakin penting. Justeru, Seminar Antarabangsa Leksikografi, Ensiklopedia dan Terminologi 2025 (SELEKSI 2025) dianjurkan sebagai sebuah medan intelektual bertaraf antarabangsa untuk menghimpunkan para sarjana, penyelidik, profesional bahasa, dan penggiat industri dari dalam dan luar negara.

Dengan tema “Melestarikan dan Menginovasi Bahasa dalam Era Digital”, seminar ini menawarkan ruang perbincangan kritis berkenaan cabaran, peluang dan inovasi dalam bidang leksikografi, penyusunan ensiklopedia serta pembangunan terminologi sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat global.

SELEKSI 2025 yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), turut menjadi salah satu inisiatif penting dalam memperkukuh kedudukan bahasa Melayu di persada antarabangsa, bertepatan dengan visi DBP serta semangat Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.


Kemaskini Terakhir : Sun, 31 Aug 2025 (ma_husaini)