Bahasa : malay | english

  • 173

    Deadlines

  • 173

    The Conference

PENAFIAN

1. Perakuan dan Penerimaan Terma dan Syarat
  (a) Dengan mengakses laman sesawang dengan nama domain http://www.upm.edu.my/ ("Laman Sesawang") ini dan mana-mana halamannya, anda disifatkan telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini ("Terma dan Syarat") dan anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat tersebut tanpa had atau pengecualian walaupun pada hakikatnya anda tidak membaca Terma dan Syarat tersebut;
  (b) Kami berhak untuk menyemak Terma dan Syarat dari semasa ke semasa dengan budi bicara mutlak kami tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada anda dan kami tidak bertanggungan atas apa jua sebab atau alasan kesan daripada penyemakan tersebut; DAN
  (c) Jika anda tidak bersetuju atau tidak berpuas hati dengan mana-mana Terma dan Syarat, sila berhenti untuk terus mengakses dan tinggalkan Laman Sesawang ini dengan segera.
   
2. Material-material
  (a) Laman Sesawang ini mengandungi teks, perisian, pangkalan data, format, grafik, imej, fail audio, fail animasi, fail video dan karya bertulis dan material-material lain sama ada dibangunkan oleh UPM atau pihak-pihak lain bagi pihak UPM ("Material-material");
  (b) Walaupun langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk memastikan kebenaran dan ketepatan Material-material, kami tidak memberi apa-apa representasi, jaminan atau waranti terhadap keterkinian, ketepatan, kebolehgantungan, kualiti, kebenaran, kesesuaian, ketepatan masa, kecukupan dan kesempurnaan Material-material dan anda tidak harus bergantung kepada Material-material tersebut;
  (c) Kami menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua liabiliti yang mungkin timbul yang berkaitan dengan Material-material; DAN
  (d) Kami berhak untuk menambah, memadamkan atau membuat sebarang pindaan terhadap mana-mana Material-material tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
   
3. Material-material Pihak Ketiga
  (a) Laman Sesawang ini mungkin mengandungi maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan/diiklankan oleh pihak ketiga ("Material-material Pihak Ketiga"), yang bertujuan untuk kemudahan anda sahaja;
  (b) Oleh kerana Material-material Pihak Ketiga merupakan material-material yang disediakan/diiklankan oleh pihak ketiga:
  i. Kami tidak memberi apa-apa representasi, jaminan atau waranti mengenai keterterkinian, ketepatan, kebolehgantungan, kualiti, kebenaran, kesesuaian, ketepatan masa, kecukupan dan kesempurnaan Material-material Pihak Ketiga;
  ii. Kami tidak mengendorskan atau mengesyorkan mana-mana Material-material Pihak Ketiga; DAN
  iii. Kami menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua liabiliti yang mungkin timbul yang berkaitan dengan Material-material Pihak Ketiga.
  (c) Kami amat menyarankan agar anda menyemak dan memeriksa dengan teliti Material-material Pihak Ketiga dan terma dan syarat yang berkaitan dengannya.
   
4. Hak Harta Intelek
  (a) Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua hak harta intelek berkenaan Material-material dan/atau Material-material Pihak Ketiga yang terkandung dalam Laman Sesawang ini dimiliki oleh UPM dan/atau pihak ketiga yang berkenaan;
  (b) Tiada apa yang terkandung di dalam Laman Sesawang ini boleh ditafsirkan sebagai memberi kepada anda, secara termaklum atau sebaliknya sebarang lesen atau hak untuk menggunakan, memuat turun, memaparkan, mempersembahkan, menerbitkan, menyiarkan, mengedarkan, menghantar semula, memindahkan, memberi lesen, menjual, mengeksploitasi, menghasilkan semula, menyalin atau mengubahsuai Material-material dan/atau Material-material Pihak Ketiga dalam cara apa sekalipun kecuali dinyatakan sebaliknya di sini atau kebenaran bertulis daripada pemilik Material-material (yang mungkin termasuk UPM) dan/atau Material-material Pihak Ketiga yang berkenaan dengannya telah diperolehi terlebih dahulu oleh anda; DAN
  (c) UPM tidak memberi apa-apa waranti atau representasi bahawa mana-mana Material-material dan/atau Material-material Pihak Ketiga tidak akan melanggar hak harta intelek pihak ketiga yang lain dan UPM menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua liabiliti yang mungkin timbul yang berkaitan dengannya.
   
5. Laman Sesawang Luaran
  (a) Laman Sesawang ini mungkin mengandungi pautan kepada laman-laman sesawang luaran yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak lain selain UPM ("Laman Sesawang Luaran"), yang bertujuan untuk kemudahan anda sahaja.
  (b) Oleh kerana Laman Sesawang Luaran merupakan laman-laman sesawang yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga:
  i. Kami tidak memberi apa-apa representasi, jaminan atau waranti mengenai keterkinian, ketepatan, kebolehgantungan, kualiti, kebenaran, kesesuaian, ketepatan masa, kecukupan dan kesempurnaan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam Laman Sesawang Luaran
  ii. Kami tidak mengendorskan atau mengesyorkan mana-mana barangan atau produk yang dijual dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Laman Sesawang Luaran; DAN
  iii. Kami menolak sebarang liabiliti yang mungkin timbul yang berkaitan dengan Laman Sesawang Luaran..
  (c) Kami amat menyarankan agar anda menyemak dan memeriksa dengan teliti terma dan syarat yang berkaitan dengan Laman Sesawang Luaran.
   
6. Penafian Liabiliti
  (a) Sebagai tambahan kepada penolakan liabiliti seperti yang tersebut di atas:
  i. UPM tidak menerima apa jua tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang data, pendapat, kesilapan atau apa-apa tinggalan yang mungkin terkandung di dalam Material-material/Material-material Pihak Ketiga dan/atau untuk sebarang akibat atau kesan disebabkan penggunaan Material-material/Material-material Pihak Ketiga;
  ii. UPM tidak bertanggungan terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin terjadi terhadap sebarang peralatan, perisian, sistem teknologi maklumat atau harta lain disebabkan virus, kecacatan atau aktiviti-aktiviti bersifat jahat walau apa pun sifatnya dalam proses mengakses, melayar dan/atau menggunakan Laman Sesawang ini dan mana-mana perkhidmatannya atau memuat turun mana-mana Material-material/Material-material Pihak Ketiga; DAN
  iii. UPM tidak bertanggungan terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh akses kepada Laman Sesawang ini.
  (b) UPM menasihatkan anda untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan komputer anda, perkakasan-perkakasan, perisian-perisian, sistem teknologi maklumat atau harta yang lain dilindungi secukupnya daripada virus atau aktiviti-aktiviti yang bersifat jahat.
   
7. Pentadbiran Undang-undang dan Bidang Kuasa
  (a) Pengunaan Laman Sesawang ini atau mana-mana halamannya adalah terikat kepada Terma dan Syarat, yang ditadbir secara ekslusif oleh dan ditafsirkan mengikut kesemua undang-undang Malaysia yang terpakai; DAN
  (b) Dengan mengakses Laman Sesawang ini atau mana-mana halamannya, anda dengan ini secara nyatanya bersetuju terhadap bidang-kuasa ekslusif mahkamah-mahkamah Malaysia dalam mana-mana dan kesemua tindakan, pertikaian atau kontroversi yang timbul daripada atau berkenaan Laman Sesawang ini atau mana-mana halamannya.