PENGENALAN
Persidangan Industri Sukan Malaysia 2023 (PISM2023) adalah persidangan berkaitan industri sukan yang kali kedua dianjurkan oleh Akademi Sukan UPM dan Sekretariat Industri Sukan Malaysia KBS secara kerjasama.
Persidangan ini memberi fokus kepada tiga komponen utama berikut:
1. Tadbir Urus : memperkukuh tadbir urus industri sukan ke arah ekosistem yang lebih dinamik, mampan dan saling melengkapi.
2. Pengkomersialan Dan Keusahawanan : Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan penjanaan pulangan daripada sukan.
3. Sains, Teknologi Dan inovasi : Menyediakan ekosistem industri sukan bersepadu berpaksikan sains dan teknologi seiring dengan perkembangan revolusi industri semasa.
Berikut adalah butiran PISM2023:
Tarikh : 21-22 November 2023 (Selasa & Rabu)
Tempat : Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tema persidangan :
- Tadbir urus sukan
- Pengkomersialan dan keusahawanan
- Sains, teknologi dan inovasi
- Safe sports
- Pelancongan sukan
- E-sport
- Sukan di institusi pengajian
- Perundangan sukan