Languages : malay | english

  • 173

PENGENALAN

Seiring dengan perubahan landskap pendidikan tinggi dan keperluan pelajar yang semakin kompleks, HEPA berperanan sebagai pemacu utama dalam membentuk ekosistem sokongan yang holistik, ihsan dan mampan. Justeru, seminar ini berfungsi sebagai platform penyelarasan strategik bagi menterjemah dasar dan pelan strategik HEPA ke dalam pelaksanaan berimpak tinggi merangkumi pembangunan sahsiah, kebajikan dan kesejahteraan pelajar, pemerkasaan alumni, tadbir urus perkhidmatan serta agenda pertanian, keterjaminan makanan dan kelestarian.

Seminar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 2026 (SEHEPA 2026) dianjurkan dengan tema “Memacu Pemerkasaan Pelajar dan Alumni Berteraskan Jiwa Putra, Strategi dan Impak”. Tema ini mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan setiap perancangan, pelaksanaan dan perkhidmatan HEPA digerakkan secara bersepadu, berteraskan nilai teras Jiwa Putra, berpaksikan hala tuju strategik serta berorientasikan impak yang nyata kepada pembangunan pelajar dan alumni.

Seminar ini dirangka secara berfokus dan padat dengan konsep pembentangan ringkas selama 15 minit bagi setiap pembentang, meliputi Tujuh (7) fungsi utama HEPA, iaitu: 

  1. Pembangunan dan Pemerkasaan Pelajar
  2. Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar
  3. Pemerkasaan Alumni
  4. Tadbir Urus, Pendigitalan dan Perkhidmatan HEPA
  5. Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  6. Pendanaan dan Penjanaan

Seminar ini bertujuan untuk: 

  1. menyediakan platform pembentangan dan perkongsian amalan terbaik oleh entiti HEPA;
  2. meningkatkan kefahaman peserta terhadap fungsi dan skop perkhidmatan HEPA;
  3. memperkukuh penyelarasan dan sinergi antara HEPA dan Fakulti/Sekolah/Pusat/Bahagian;
  4. menyokong penambahbaikan berterusan perkhidmatan pelajar dan alumni secara holistik dan bersepadu.


Latest Update : Wed, 04 Mar 2026 (kziana)