Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

  • 173

Pengenalan

Seminar ini adalah penganjuran kali kedua yang merupakan kesinambungan daripada seminar Serantau Isu-Isu Belia Kontemporari 2019 bertemakan Kesejahteraan Belia Aset Kesejahteraan Negara yang telah diadakan pada 12 hingga 13 November 2019 bertempat di Universiti Putra Malaysia.


Tema Kesejahteraan Belia dan Komuniti Aset Kesejahteraan Negara telah dipilih sejajar dengan belia dan komuniti sebagai entiti utama pembangunan negara.


Tujuan utama penganjuran Seminar Serantau Isu-Isu Belia dan Komuniti Siri 2/2021 adalah untuk menyediakan satu forum bagi pembentangan hasil penyelidikan, isu dan trend yang berkaitan dengan isu belia dan komuniti.  Pelbagai perspektif akan diperoleh daripada mereka yang terlibat dari pelbagai disiplin dan latar belakang berkaitan belia dan komuniti termasuklah penyelidik, pengamal, pembuat dasar, pendidik, kumpulan NGO dan peserta program.

Tujuan penganjuran seminar ini adalah untuk:

 

  1. meluaskan pemahaman peserta terhadap pelbagai isu serantau berkaitan golongan belia dan komuniti;
  2. memahami perspektif, pendapat dan pandangan belia dan komuniti serta pelbagai isu berkaitan dengan mereka;
  3. bertukar idea dan pendapat terhadap isu, cabaran dan strategi yang berkaitan dalam usaha membangun, menyerlahkan potensi dan memperkasakan peranan belia dan komuniti sebagai pemacu kepada pembangunan negara; dan
  4. mewujudkan satu platform untuk berkomunikasi dan bekerjasama antara penganjur, pembentang dan peserta.

Kemaskini Terakhir : Thu, 23 Sep 2021 (nurulakhtar)