AGENCY EXHIBITORS INFORMATION
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Pameran Sistem Pertanian Aeroponik, Sistem Mini Fertigasi dan Jualan Pokok Hiasan (Kokedama) serta tanah campuran
Fakulti Pengajian Pendidikan mempunyai ladang yang berfungsi sebagai tunjang utama bagi pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan kepujian (BPSPDK) dan Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan kepujian (BPSRTDK) menjalankan aktiviti amali bagi kursus STE4102 Pengajaran Pengurusan dan Keusahawanan Agroteknologi [3 (2+1)] dan kursus STE3104 Pengajaran Praktik Teknologi Sains Pertanian [3 (2+1)]. Ladang ini juga berfungsi sebagai salah satu tempat penghasilan produk pertanian hasil daripada aktiviti pelajar dan staf ladang.
JABATAN PERTANIAN
Pameran dan Jualan Anak Pokok Buah-buahan
Jabatan Pertanian merupakan salah satu Jabatan dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Diantara objektif Jabatan Pertanian adalah memberi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian, membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif, mewujudkan kumpulan tenaga yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian, melindungi tanaman industri dan makanan daripada ancaman perosak dan penyakit, menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makananyang berkualiti dan selamat serta mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada di bawa keluar negara dan terancam pupus.
CAN JAYA PRODUCTS PACKAGING SDN BHD
Premium Paper Canister Packaging & Paper Straw
Can Jaya Products Packaging Sdn Bhd ialah syarikat pengilang kanister dan Straw Kertas.Beroperasi di Selangor, Malaysia. Syarikat ini fokus pada kualiti, mesra alam dan sesuai untuk pasaran tempatan serta antarabangsa.
BRAIN STORY SDN BHD
Pameran dan Jualan Produk Makanan Functional Food jenama OCOC
Brain Story Sdn. Bhd. adalah syarikat yang memfokuskan kepada produk Functional Food. Produk kami telah melalui penyelidikan dan ujian bagi memastikan nilai fungsi yang betul kepada pengguna. Di Konvensyen TVET Negara 2025, kami memperkenalkan OCOC – produk makanan untuk gaya hidup sihat, sesuai untuk generasi yang mementingkan kesihatan otak, prestasi minda dan tubuh.
MR MOLEC BIO-REPELLENT
Pameran & Jualan produk penghalau serangga semulajadi untuk tanaman
Terradeca Sdn Bhd adalah syarikat pemula UPM yang mengkomersilkan produk penghalau serangga semulajadi yang selamat & mesra alam, diperbuat dari ekstrak tumbuhan. Ianya sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman and serangga perosak.
QARBOTECH
Pameran dan Jualan Produk Penggalak Fotosintesis untuk tanaman
Qarbotech adalah syarikat pemula UPM yang telah mengkomersilkan produk penggalak fotosintesis yang boleh meningkatkan kadar fotosintesis tanaman lalu meningkatkan hasil tanaman.
MYBIO HEALTH & BEAUTY
Pameran & Jualan produk Botani Penjagaan Sendi & Kesihatan Semula Jadi
MyBIO Beauty and Health Sdn Bhd adalah syarikat pemula UPM yang memfokuskan kepada pengkomersilan produk berasaskan botani semula jadi seperti Moringa dan formulasi nutraseutikal moden untuk kesihatan sendi, kecantikan kulit, dan kesejahteraan menyeluruh.
NUTRAMAGIS SDN. BHD.
Pameran dan jualan produk “Moringa Chewable Tablets” (Tablet Mudah Kunyah Kelor) berasaskan daun Kelor (Moringa Oleifera)
Syarikat NutraMagis Sdn. Bhd. adalah syarikat pemula UPM bagi mengkomersialkan produk UPM “Moringa Chewable Tablets” berasaskan teknologi Kejuruteraan Pemampatan Serbuk untuk menghasilkan produk yang menambah baik penyerapan zat bio-aktif dengan khasiat untuk memberi tenaga, menjaga kesihatan otot, tulang serta saraf, dan juga memberi kerehatan minda.
https://vt.tiktok.com/ZSh7J6R3m/
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI MAKANAN & ASTERA FOOD/TEH ULAM RAJA
Pameran teknologi dan produk yang dihasilkan dari Ulam Raja
Astera Food Sdn Bhd adalah syarikat pemula UPM yang mengkomersialkan produk yang dihasilkan dari Ulam Raja. Keseluruhan proses yang terlibat bermula dari penanaman, pemprosesan dan pembungkusan dijalankan berdasarkan teknologi yang dibangunkan di UPM.
FAKULTI KEJURUTERAAN UPM
Pameran produk-produk dari kajian dan projek Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian
Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, UPM memfokuskan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan dalam sektor bioindustri dan pertanian. Skopnya merangkumi kejuruteraan sumber air, mekanisasi pertanian, pengurusan sisa bio, pemprosesan bio-produk, serta aplikasi teknologi pintar dan automasi dalam sistem pertanian moden demi kelestarian dan keselamatan makanan negara.
APPSBOOKS SDN BHD
Pameran servis pendigitalan interaktif ke atas semua bahan bercetak
Appbooks Sdn.Bhd adalah penyedia solusi perkhidmatan pendigitalan interaktif kepada semua pengeluar bahan bercetak. Teknologi baharu yang dinamakan sebagai Appbook membolehkan kesemua bahan bercetak ditukar menjadi sebuah buku digital interaktif yang sarat dengan elemen multimedia menjadikanya sebuah buku yang hidup walaupun tanpa capaian internet. Kami menawarkan servis pendigitalan kepada mereka yang ingin turut serta dalam perlumbaan ke arah digitalisasi yang sememangnya tidak boleh diabaikan begitu sahaja agar kita tidak ketinggalan di belakang. Rasai sendiri pengalaman menggunakan Appbook dengan memuat turun sampel appbook di google playstore atau applestore. Muat turun appbook viewer dan masukkan
ID: appbooks
Password: 2025
Tekan ikon cloud untuk daftar masuk dan muat turun sampel appbook dengan menekan butang muat turun pada buku seterusnya tekan ikon tablet untuk merasai sendiri appbook yang telah dimuat turun.
MATHS PROOFREAD
Pameran Servis Akademik
Maths Proofread merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan akademik profesional yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi sejak tahun 2011. Kami bernaung di bawah pengurusan anak tempatan yang komited terhadap kecemerlangan akademik dan pembangunan ilmu.
Maths Proofread ditubuhkan dengan matlamat untuk menyokong para penyelidik, pelajar pascasiswazah, pensyarah, serta institusi pendidikan melalui perkhidmatan seperti proofreading, pemformatan, penerbitan jurnal, latihan, konsultasi, dan penganjuran persidangan. Kami menawarkan khidmat secara profesional merangkumi pelbagai bidang pengajian termasuk Matematik, Kejuruteraan, Perubatan, Undang-undang, Sains Sosial, dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi kami di mathsproofread.com.my atau hubungi kami di talian +6010-7606284.
INSTITUT KRAF NEGARA (IKN)
Pameran Korporat dan Promosi Jom Masuk IKN
Institut Kraf Negara (IKN) merupakan sebuah institusi latihan kemahiran kraf di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) iaitu agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. IKN ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berilmu serta berkemahiran tinggi melalui pendidikan secara formal khusus dalam pengajian kraf di peringkat Diploma, Sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merangkumi enam (6) Jurusan Seni Kraf iaitu Batik, Logam, Tenunan, Kayu, Seramik dan Rotan. Layari laman sesawang rasmi www.ikn.edu.my atau hubungi kami di talian 03-6091 5322 untuk maklumat lanjut.
WASIYYAH SHOPPE
Hibah Harta & Urus Pusaka
Wasiyyah merupakan syarikat amanah patuh syariah yang terbesar di Malaysia yang menawarkan solusi perwarisan harta umat Islam yang komprehensif. Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti menguruskan harta pusaka secara percuma kepada waris dan membantu umat Islam merancang perwarisan harta melalui HIBAH HARTA; harta yang boleh dihibahkan seperti rumah dan tanah (bercagar & tidak bercagar), kenderaan, akaun simpanan/ akaun semasa/ akaun bersama, Tabung Haji, ASB, Unit Amanah, barang kemas dan barang berharga. Hubungi Pn Fazliana untuk maklumat lanjut +60166443341.
GRAMPS ASIA
Pameran dan Jualan produk Natural Household
Gramp’s Asia merupakan jenama produk “Natural Household” keluaran syarikat Uniq Manufacturing Sdn Bhd yang mencipta produk penjagaan rumah generasi baru menggabungkan warisan turun-temurun dengan kemajuan sains moden. Setiap formula yang dihasilkan lahir daripada penghargaan mendalam terhadap alam semula jadi dan komitmen kami yang mementingkan keselamatan, kelestarian alam dan tanggungjawab sosial. Rangkaian produk kami daripada penjagaan udara yang menyegarkan, pembersihan yang menyeluruh, pembasmian kuman yang berkesan hinggalah perlindungan terhadap makhluk perosak — setiap solusi kami di rumus khas daripada bahan semula jadi berasaskan tumbuhan dan mencapai tahap keberkesanan yang tinggi tanpa kompromi terhadap keselamatan – mesra untuk digunakan di sekitar kanak-kanak, haiwan peliharaan dan sesuai digunakan di kawasan penyediaan makanan. “TOGETHER, WE MAKE AN IMPACT!”