MAJLIS PERASMIAN & TEMU DUGA
MAJLIS PERASMIAN
Tarikh : 22 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Kaedah Pelaksanaan : Secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex / Live Facebook
Pautan : shorturl.at/cstwB
QR Code :
TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL e-KERJAYA 2021
Masa |
Perkara |
0730 - 0820 |
Daftar masuk Jawatankuasa Pelaksana / Peserta / Tetamu Jemputan |
0820 - 0830 |
Daftar masuk Tetamu Kehormat |
0830 - 0900 |
Majlis Perasmian
|
0930 - 1700 |
Sesi Temu Duga Bermula |
SESI TEMU DUGA
Tarikh : 22 & 23 Oktober 2021 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Kaedah Pelaksanaan : Secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex
Sesi Temu Duga dijadual akan dilaksanakan 30 minit selepas Majlis Perasmian tamat atau lebih kurang jam 9.30 pagi. Calon akan menerima emel daripada pihak urus setia berhubung Penggiliran & Jadual Temu Duga beserta Pautan (link) yang akan digunakan untuk sesi temu duga kelak selewat - lewatnya pada 21 Oktober 2021 (Khamis). Sesi temu duga ini akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh calon adalah:
- Calon dikehendaki menyediakan salinan lembut (softcopy) Resume / Curriculum Vitae masing - masing dalam format pdf sebelum sesi temu duga berlangsung untuk kegunaan semasa sesi temu duga kelak.
- Platform yang akan digunakan untuk sesi temu duga adalah aplikasi Cisco Webex. Bagi memastikan kelancaran proses temu duga, calon dinasihatkan untuk memuat turun lebih awal aplikasi tersebut ke dalam peranti yang akan digunakan untuk sesi temu duga kelak.
- Calon dinasihatkan untuk bersedia dan masuk ke dalam meeting room melalui pautan yang diberikan 30 minit lebih awal daripada masa temu duga yang ditetapkan.
- Anda diingatkan untuk berpakaian kemas dan sesuai untuk sesi Temu Duga.
- Calon dinasihatkan agar mengambil perhatian keberkesanan dan fungsi video dan audio pada peranti yang digunakan agar berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah ketika sesi temu duga dijalankan.