Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

  • 173

Lokasi


Program musinm panas ini akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Fakulti ini terletak di kampus induk UPM di Serdang yang mempunyai kawasan hijau subur kira-kira 25 kilometer ke selatan ibu kota, Kuala Lumpur. Ia menempatkan bangunan pentadbiran, dewan kuliah, makmal, perumahan pelajar, dewan bankuet, pusat rekreasi (termasuk padang golf 18 lubang), dan kemudahan lain. Kawasan selebihnya ditetapkan sebagai Taman Pertanian Universiti. UPM juga merupakan penjaga hutan primer seluas 1200 hektar khusus untuk pengajaran dan penyelidikan dalam bidang berkaitan perhutanan. Kampus satu lagi ialah di Bintulu, Sarawak (Fakulti Sains Pertanian dan Makanan).

Sepanjang program berlangsung, peserta akan menginap di perumahan pelajar berhampiran Fakulti Kejuruteraan dan menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh UPM.


Alamat:
Fakulti Kejuruteraan
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM Serdang
Selangor

Tel: +603-97696487
Emel: exploreng@upm.edu.my


Kemaskini Terakhir : Mon, 23 May 2022 (nkamsani)