Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

  • 173

Pendaftaran

Untuk mendaftar, klik SINI.

---------------


Keperluan Visa

Peserta antarabangsa yang ingin mengambil bahagian dalam program musim panas secara fizikal dikehendaki memiliki atau mendapatkan pasport yang sah sebelum program. Sila pastikan tempoh sah pasport anda melebihi 6 bulan sebelum tarikh kemasukan. Adalah dinasihatkan bagi setiap peserta untuk menyemak dengan kedutaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan kemasukan dan visa sebelum menyertai program, kerana keperluan mungkin berbeza dari satu negara ke negara lain.


Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di SINI atau hubungi pegawai mobiliti kami di mobility@upm.edu.my atau nuraimanjasmi@upm.edu.my


---------------

Keperluan Vaksinasi Covid-19

Peserta mesti telah melengkapkan rejimen penuh vaksin COVID-19 yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau oleh pihak berkuasa kawal selia yang ketat di negara asal. Mereka yang telah menerima dua dos Sinopharm atau Sinovac, tanpa mengira umur mereka, juga harus menerima dos ketiga mereka untuk layak sebagai vaksin sepenuhnya.


---------------

Insuran

Peserta dikehendaki membeli insurans kesihatan yang melindungi penyakit dan kemalangan utama di Malaysia dan sah sepanjang program.





Kemaskini Terakhir : Wed, 12 Apr 2023 (zeddiyana)