Persatuan Pelajar Perubatan Asia Universiti Putra Malaysia (AMSA UPM) mengambil inisiatif menganjurkan Larian Amal Diabetes bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang diabetes dari segi komplikasi, faktor risiko & pengurusan diabetes kepada semua lapisan masyarakatLarian Amal Diabetes akan berlangsung di UPM, dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menjadi titik permulaan dan penamat. Pendaftaran ini terbuka kepada semua komuniti larian tempatan dan antarabangsa dan membolehkan pelajar UPM mengadakan interaksi sosial dengan masyarakat yang pelbagai di Malaysia.Peserta diberi dua pilihan jarak untuk dipilih, larian 5km atau 7km (rujuk peta google untuk laluan terperinci). Sepanjang laluan itu akan ada 13 papan tanda, 3 check point, 3 water station, 17 running point.Jabatan keselamatan UPM akan memastikan keselamatan pelari bersama jawatankuasa keselamatan kami sendiri. Unit rondaan akan ditubuhkan untuk memastikan pelari berada di landasan yang betul dan selamat.
19-05-2024 - 19-05-2024
AMSA-UPM DIABETES DAY : SAFETY FIRST 2024, UPM