Languages : malay | english

  • 173

    .

PENGENALAN

Perkara yang menjadi kebimbangan para pelajar terutamanya pelajar tahun akhir adalah mengenai hala tuju dan nasib mereka setelah bergraduasi nanti. Memiliki pekerjaan yang bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang pendidikan adalah penting agar seseorang individu dapat menikmati kepuasan dalam bekerja. Isu pengangguran dalam kalangan graduan bukanlah satu fenomena baharu di negara kita malah di seluruh dunia. Menurut dapatan statistik daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), hampir 60% siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas di Malaysia masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka. Hal ini didorong oleh beberapa faktor antaranya peluang pekerjaan yang terhad, lambakan graduan dalam pasaran, kemahiran komunikasi yang lemah dalam kalangan graduan, terlalu memilih pekerjaan dan sebagainya.

Pelbagai kaedah dan strategi telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak berkaitan bagi menangani masalah pengangguran dalam kalangan graduan ini. Antaranya ialah dengan menganjurkan kursus – kursus berkaitan untuk meningkatkan Kemahiran Insaniah graduan yang diharapkan menjadi satu nilai tambah kepada mereka. Penganjuran Job Fair / Career Fair juga bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat. Pelbagai pihak termasuk kementerian berkaitan dan Institusi Pengajian Tinggi sering melaksanakan acara sebegini sebagai salah satu platform untuk mempertemukan golongan pencari kerja dan penyedia peluang pekerjaan.

Selaras dengan Pelan Strategik UPMKB 2021 – 2023 yang telah digariskan, Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL), UPMKB yang dahulu dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA), UPMKB berhasrat menganjurkan Ekspo Kerjaya MyFutureJobs 2023. Program yang dianjurkan bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sarawak ini melibatkan dua (2) aktiviti utama iaitu Seminar bertajuk Flashlight For Job Seekers & Majlis Perasmian dan Sesi Temuduga. Kedua – dua aktiviti ini akan dilaksanakan secara bersemuka dan turut dibuka untuk semua golongan pencari kerja dari seluruh Sarawak.

 





Latest Update : Tue, 07 Nov 2023 (lanz)