Languages : malay | english

  • 173

    .

Temuduga

Tarikh : 24 & 25 November 2023 (Sabtu & Ahad)

Kaedah Pelaksanaan : Secara bersemuka

Tempat : Dewan Sri Kenyalang

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Sesi Temuduga dijadual akan dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Calon akan menerima emel/whatsapp daripada pihak urus setia berhubung Maklumat &  Jadual Temuduga untuk sesi temuduga selewat - lewatnya pada 23 November 2023 (Khamis). Sesi Temuduga ini akan dilaksanakan secara bersemuka sepenuhnya di Dewan Sri Kenyalang. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh calon adalah:

  • Calon dikehendaki menyediakan Salinan Sijil-Sijil Akademik (hardcopy), Resume / Curriculum Vitae dan Gambar Berukuran Passport sebelum menghadiri sesi temuduga untuk kegunaan semasa sesi temuduga berlangsung kelak.
  • Calon dinasihatkan untuk bersedia dan datang 30 minit lebih awal daripada masa temuduga yang ditetapkan.
  • Calon diingatkan untuk berpakaian kemas dan sesuai bagi sesi temuduga dengan mengambil perhatian kod etika pakaian yang ditetapkan dengan jawatan/industri/sektor yang dipohon sebagai contoh pakaian smart kasual atau pakaian mengikut kod pejabat dan kasut bertutup.
  • Calon juga dinasihatkan untuk menyemak dahulu jawatan yang dipohon sebelum menghadiri sesi temuduga.
  • Calon dinasihatkan agar mengambil perhatian mengenai masa tutup pendaftaran temuduga adalah pada pukul 3 petang.


Latest Update : Tue, 07 Nov 2023 ()