Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

  • 173

  • 173

KAEDAH PELAKSANAAN

Pertandingan Innovation Showcase (IS2026) akan melalui TIGA (3) Fasa:

Fasa 1: Pendaftaran dan penyerahan abstrak

  1. Daftar IS2026 di pautan berikut: https://forms.gle/JAPtoqi4vYJrWpBm6

  2. Sila muat naik abstrak anda  (Microsoft word) dalam borang pendaftaran. Templat abstrak boleh didapati melalui pautan berikut:
    https://docs.google.com/document/d/1HzHPkfjAd0bJeny7d58BDjaqjU8yInXu/edit?usp=sharing&ouid=110446294319516616340&rtpof=true&sd=true

  3. Jawatankuasa akan menerima dan membuat semakan abstrak.

  4. Pemberitahuan penerimaan dan nombor ID akan diberikan melalui e-mel peserta selepas pendaftaran.

  5. Terma dan syarat pertandingan boleh didapati melalui pautan berikut:
    https://conference.upm.edu.my/ICERP?view=page&val=menu&permalink=@TERMA



Fasa 2: Pembayaran yuran penyertaan

  1. Penerimaan abstrak (berserta nombor ID pembentangan) akan diemel kepada peserta selepas proses semakan. Peserta boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pautan berikut: 
    https://putrapayment.upm.edu.my/kategori/SX2JX4u_AVBf9DZCwHYunKpvp7JyJsUo69hMQX0Gxai2E-iV9sXmylco234fgC_87mej5bP-OEFa1kIxR9PhzYLA5vaFqr_q0WqwYzrWfIqdwvw~
    (Sila masukkan kod dalam payment gateway. Contoh: Keterangan – ISUM).

  2. Untuk pemindahan VOT (dalaman UPM). Sila gunakan borang SOK/KEW/BR045/HSL. PELARASAN ANTARA PTJ. Nombor Vot (6483600).

  3. Sila hantar bukti pembayaran melalui pautan berikut:
    https://forms.gle/fxwdFuskPqN5DaLE7

  4. Sila simpan bukti pembayaran anda dalam format Word atau PDF, serta sertakan nama dan nombor telefon anda. Urusetia berhak untuk membuat sebarang pindaan pada bila-bila masa terhadap mana-mana bahagian syarat ini tanpa perlu merujuk kepada peserta.



Fasa 3a: Penyerahan video pembentangan bagi peserta yang menyertai secara dalam talian

  1. Peserta yang menyertai secara dalam talian perlu menyediakan poster dan video bagi berdasarkan templat poster dan video yang diberikan melalui pautan: 
    https://drive.google.com/drive/folders/15yhBnzZpE77Et54G37l-J-Q80R9RCoEn?usp=sharing

  2. Seterusnya, peserta akan membuat rakaman video dengan menerangkan secara jelas poster inovasi. Peserta digalakkan membuat rakaman melalui You Tube (mod public atau unlisted). Unlisted video bermaksud video hanya boleh ditonton kepada mereka yang menerima pautan sahaja.

  3. Poster dan Pautan video YouTube video perlu dihantar melalui pautan:
    https://forms.gle/prdG6o6qL5WfEX9Q9 



Fasa 3b: Penyerahan poster dan sesi pembentangan bagi peserta yang menyertai secara fizikal

  1. Peserta yang menyertai secara fizikal perlu menyediakan poster berdasarkan templat poster yang diberikan melalui pautan: 
    https://drive.google.com/drive/folders/15yhBnzZpE77Et54G37l-J-Q80R9RCoEn?usp=sharing

  2. Seterusnya, peserta perlu menghantar poster melalui pautan berikut:
    https://forms.gle/prdG6o6qL5WfEX9Q9

  3. Peserta akan membentang Poster Inovasi / Produk Inovasi secara fizikal pada 11 Jun 2026 di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Peserta diminta membawa poster bercetak untuk dipamerkan.


PEMENANG untuk kategori maya dan fizikal akan dimaklumkan pada 11 Jun 2026 dalam majlis pengumuman di Auditorium, Fakulti Pengajian Pendidikan. Bagi kategori maya boleh menonton melalui platform Facebook FPP.


Kemaskini Terakhir : Thu, 21 May 2026 (icerp)