INKUBASI 2018

Pada tahun 2018, program inkubasi telah dilaksanakan pada 2 Januari 2018 dan berakhir pada 30 Jun 2018 iaitu selama 6 bulan. Seramai 200 peserta telah melalui proses saringan dan hanya 27 orang peserta telah dipilih dan ditawarkan untuk mengikuti program ini iaitu 17 daripada mereka adalah peserta lelaki dan 10 peserta perempuan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun tersebut adalah lawatan sambil belajar. Lawatan ini telah diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan dengan bidang pemasaran pertanian dan agensi yang terlibat.
Pada 27 - 28 Januari 2018 para peserta program telah dibawa untuk mengikuti lawatan belajar kali pertama ke tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Antara tempat kunjungan peserta program di sana adalah:
A. Projek Tanaman, Kampung Rendah, Rembau, Negeri Sembilan
Peserta Inkubasi tahun 2014
Syarikat: Legasi Firash Enterprise
B. Projek Ternakan Ayam Kampung, di Pulau Sebang, Melaka
Peserta Inkubasi tahun 2014
Syarikat: Sebang Agrofarm Enterprise
C. Projek Tanaman Rockmelon, di Melaka
Peserta Inkubasi tahun 2014
Syarikat: CZ Nine Agropreneur Enterprise
D. FAMA Negeri Melaka
E. Projek Tanaman Cili, di Pagoh, Johor
Peserta Inkubasi tahun 2015
Syarikat: NFY Success Enterprise
Pada 26 - 28 Februari, semua peserta program inkubasi telah dibawa untuk mengikuti lawatan belajar di negeri Perak dan Cameron Highlands, Pahang. Antara tempat kunjungan peserta melibatkan agensi kerajaan dan juga usahawan-usahawan yang berjaya. Tempat lawatan ialah:
A. Projek Ternakan Ikan Tilapia, Perak
Peserta Inkubasi tahun 2017
Syarikat: AMK Agro Farm
B. Syarikat Agro Al-Mashoor di Cameron Highland, Pahang
C. FAMA Cameron Highland
D. Syarikat Pertanian Kelantan Berhad, Cameron Highland