Bahasa : malay | english

  • 173

  • 173

  • 173

  • 173

Mengenai

 

Latar Belakang

Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menganjurkan program Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PICTL) buat kali pertama pada 1 dan 2 Ogos 2018. Program ini bertujuan meningkatkan pembudayaan inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik dan pelajar seterusnya memartabatkan kualiti akademik demi kecemerlangan pengajian tinggi negara.

PICTL merupakan program peringkat kebangsaan yang mempertandingkan inovasi pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi dan telah mendapat sambutan daripada universiti awam, swasta dan Institut Latihan Perguruan. Seramai 350 orang pegawai akademik dan pelajar telah menyertai PICTL 2018 yang bertemakan “Imagineering the 21st Century Educators”.

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan penganjuran PICTL 2018, CADe akan menganjurkan Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PICTL) pada tahun 2019.
 

 

Objektif

Penganjuran PICTL2019 memfokuskan kepada inovasi pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif berikut:

 

  1. Melestarikan budaya inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pegawai akademik serta pelajar;
  2. Mengiktiraf kecemerlangan Putra InnoCreative Educators dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran;
  3. Menyediakan takungan bakat (talent pool) untuk diketengahkan bagi anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
  4. Mewujudkan platform bagi jaringan kolaborasi pengajaran dan pembelajaran antara peserta dan industri.
 

 

Tema

“Transpiring Impactful Learning by InnoCreative Educators”
 
PICTL2019 menyediakan platform untuk membolehkan pendidik InnoCreative menonjolkan / mengetengahkan inovasi dan kreativiti pengajaran bagi pembelajaran  berimpak.
 

Sub-Tema (Poster)

  1. Pembelajaran Berasaskan Pengalaman / Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan (Service Based Learning)
  2. Penaksiran Alternatif
  3. Penyampaian Inovatif (SCL dan e-Pembelajaran)
  4. Pembelajaran Imersif (Gamifikasi, AR, VR)
 

 


Kemaskini Terakhir : Tue, 20 Aug 2019 (azryadeny)