Languages : malay | english

  • 173

PELAWAAN

Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu 2019 menghimpunkan penyelidikan ilmiah dan aplikasi secara praktik berkaitan bahasa, sastera, dan budaya Melayu merangkumi semua tahap pendidikan.


Bagi menyediakan platform untuk perkongsian idea berkaitan tema seminar iaitu “Memartabatkan Penyelidikan Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Peringkat Antarabangsa”, pihak Jawatankuasa SABSBuM 2019 mempelawa para akademik/pensyarah, pelajar siswazah, dan pengamal bahasa, sastera dan budaya Melayu mengemukakan kertas kerja akademik untuk dibentangkan dalam seminar ini.


Semua kertas kerja akademik yang diterima untuk pembentangan akan dihimpun dan dicetak dalam buku prosiding seminar. Kertas kerja penuh mestilah dihantar kepada Sekretariat selewat-lewatnya 31 Januari 2018.

Kertas kerja mestilah dibentangkan dalam seminar bagi dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal atau Buku Seminar. Abstrak dan kertas kerja penuh hendaklah dihantarkan kepada sapbasbum@upm.edu.my

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat di talian 03-89468956.

GARIS PANDUAN ABSTRAK

  1. Ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu
  2. Font Arial bersaiz 12 pt bagi tajuk dan 11 pt bagi nama penulis, institusi dan alamat emel.
  3. Font Arial 10 bagi abstrak
  4. Panjang abstrak hendaklah tidak melebihi 250 patah perkataan
  5. Langkau 1.0 baris (single spacing).
  6. Kata Kunci hendaklah tidak melebihi 5 patah perkataan.

 

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

  1. Jumlah halaman kertas kerja hendaklah tidak melebihi 10-12 halaman (termasuk senarai rujukan dan lampiran).
  2. Font Arial bersaiz 12 pt bagi tajuk dan 11 pt bagi nama penulis, institusi dan alamat emel.
  3. Font Arial 10 bagi abstrak dan topik perbincangan
  4. Langkau 1.0 baris (single spacing)
  5. Sistem rujukan dan bibliografi hendaklah menurut gaya penulisan APA.
  6. Topik yang dicadangkan dalam penulisan kertas kerja penuh:
    • Pengenalan
    • Sorotan Kajian / Tinjauan Literatur
    • Metodologi Kajian
    • Dapatan dan Perbincangan
    • Kesimpulan

Latest Update : Tue, 04 Dec 2018 (hazwan)